Pada awalnya, sekolah ini ditempatkan secara sementara di Sekolah Rendah Kebangsaan Jerantut, Sekolah Rendah Inggeris Jerantut dan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Jerantut. Pengetua Pertama pada waktu itu ialah En. Jamius Muhammad bagi Sekolah Menengah Kebangsaan dan En. Sinnathamby bagi Sekolah Menengah Inggeris. Pada waktu ini, ia masih lagi berada di peringkat rendah.
Apabila kedua-dua sekolah ini digabungkan, pengetua baru telah dilantik, iaitu En. Abu Hassan bin Shukur. En. Lee Kim Woon dilantik sebagai pengetua selepas sekolah ini dinaik taraf ke peringkat menengah atas. Beliau ialah pengetua siswazah yang pertama dan beliau yang mengasaskan sekolah menengah penuh.
![]() |
sekolah menengah kebangsaan jerantut. |
No comments:
Post a Comment